Sabtu, 13 Februari 2010

Wanita Hari Ini Bagaimana Dengan Imanmu....

Wanita Hari Ini

Bagaimana dengan imanmu hari ini? Semoga Allah senantiasa melimpahkan nur iman ke dalam kalbumu.Sesungguhnya Allah telah menciptakanmu dengan sifat-sifat yang sempurna.Tiada cacat celanya.Dikau dikurniakan dengan sifat lemah lembut,kasih sayang,sifat keibuan,sensitif dan sifat malu. Itulah anugerah Allah SWT kepadamu sebenarnya.

Islam sangat menitikberatkan kaum hawa. Dijaga supaya maruah mu tidak tergadai dan ciri-ciri kewanitaan mu terpelihara.Firman Allah SWT yang brmaksud:
"Wahai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteriisteri orang mukmin, 'Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka'. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab:59) "Katakanlah kepada wanita yang beriman : "Hendaklah mereka menahan pendangannya ,dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya ,kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya ,dan jangan lah menampakkan perhiasannya,kecuali kepada suami mereka ,atau ayah merka, atau ayah suami mereka..." (An-Nuur: 31)

Begitulah Allah telah memfardhukan hijab untuk memelihara kaum wanita dan mengawasi kesucian mereka dari pandangan-pandangan yang tidak sihat, dan jiwajiwa yang sakit. Juga bertujuan untuk membezakan mereka dengan perempuan kafir yang suka bertabarruj. "Tabarruj itu apa ye?"....Barang kali itulah yang terdetik di hati kecilmu...

Tabarruj ialah memperlihatkan kecantikan dan mempamerkan perhiasan diri.Sikap ini biasanya dilihat dari solekan ,hiasan rambut yang menarik ,bau-bauan minyak wangi ,serta perbuatan-perbuatan lain yang tujuannya untuk memikat hati serta menarik perhatian selain dari suami sebagai tabarruj jahiliyyah. Firman Allah SWT :".....dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku seperti orang-orang jahiliah dahulu..." (Al-Ahzab:33)

Ingin ku ingatkan kepadamu juga..Sabda Rasulullah SAW: Wanita yang memakai wangi-wangian,kemudian keluar dan melewati suatu kaum (laki-laki ajnabi(asing) agar mereka mencium harum baunya,maka ia adalah perempuan zina. dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah berzina. (HR Ahmad, Tabarani, Baihaqi, dan Al-Hakim) Islam menegah tabarruj dan perbuatan menunjuk anggota-anggota yang menimbulkan fitnah.Untuk memelihara kehormatan dan mengawasi kesucian mu.

Itulah Sebenarnya harga diri mu ,kehormatan dan kezucian...Begitulah Allah memuliakan kaum mu dengan dengan jaket keselamatan ini. Sesungguhnya...muslimah yang berhijab itu...menunjukkan kebanggaan dan izzah (kemuliaan) sebagai pemeluk Deenullah...menunjukkan kesungguhan dan ketaatan sebagai hamba-Nya ..menunjukkkan penjagaan terhadap kehormatan dan kesucian dirinya.
Tidakkah kamu rasa sayang kepada Islam dan imanmu? Sanggupkah kamu membiarkan dirimu menjadi bahan tontonan lelaki yang tidak beriman? Peliharalah dirimu dengan sebaik-baiknya supaya tidak disentuh api neraka.

"Hai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan jangan lah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Al-Baqarah: 208) Sayangilah dirimu sebagaimana Allah menyayangi dirimu *berhijab:Menutup aurat dari pandangan yang haram mengikut syariat.

PENTARBIAHAN WANITA MENURUT ISLAM
Sesungguhnya kejadian dan penciptaan wanita adalah seiring dengan penciptaan kaum lelaki. Masing-masing berperanan sebagai Hamba dan Khalifah Allah di atas muka bumi ini. Di dalam Al-Quran, penekanan langsung tentang pentarbiyahan wanita adalah begitu banyak sekali, sehingga terdapat satu surah khusus untuk wanita yang dikenali sebagai Surah Al-Nisa'. Maka , sewajarnyalah setiap individu Muslimat menjadikan Al-Quran sebagai pedoman dalam menjalani kehidupan seharia, agar mereka sentiasa mendapat keredhaan dari Allah Swt.

Firman Allah, Surah Al-Ahzab : ayat 35 yang bermaksud : "Sesungguhnya lelaki dan perempuan Islam, lelaki dan perempuan yang beriman, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang merendah diri (kepada Allah), lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, maka, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya
keampunan dan pahala yang besar". Sabda Rasulullah Saw. yang bermaksud " (Bab Ciri-ciri Isteri Solehah( " Sebaikbaik perempuan ialah apabila kamu memandangnya, ia membahagiakan kamu, dan
apabila kamu menyuruhnya, dia akan mematuhi kamu, dan apabila kamu keluar (tiada di sininya) dia akan memelihara harta kamu dan dirinya sendiri".

Sifat-sifat yang membawa ke arah pembentukan peribadi Muslimah yang bertaqwa menurut Al-Quran:-
1) Keimanan yang Jelas dan Teguh :
Menjadikan Islam sebagai satu cara hidup serta beriltizam penuh dengannya.
Memelihara diri daripada perkara-perkara yang dimurkai Allah serta sentiasa mendorong diri kepada sesuatu yang diredhai Allah Swt.
2) Istiqamah (konsisten) dalam ketaatan :
Teguh pendirian dalam usaha memantapkan iman seta menghindari sifat Mazmumah dan menyuburkan sifat Mahmudah. Menjauhi pengaruh dan unsur asing yang enyimpang lagi menyesatkan. Berperanan penuh; tanggungjawap sebagai anak, isteri, ibu dan pendokong gerakan islam.
3) Jujur dan Benar dalam Amalan :
Mampu akui kesilapan diri dan cintakan sesuatu yang Haq (kebenaran). Tidak menzalimi diri, sahabat mahupun lawan; bencikan kezaliman serta sebarang unsur penindasan.
4) Memiliki Kesabaran yang tinggi :
Sabar dalam urusan dakwah fi sabilillah (menyeru yang ma'ruf dan mencegah yang munkar) sentiasa bermujahadah dan berkorban dalam membina kesabaran khususnya apabila ditimpa kesusahan.
5) Khusyu' dan Wara' :
Sebagai bukti atau tanda bagi hati yang disirami Nur Rabbani; melahirkan ketenangan di jiwa dan sentiasa merendahkan diri (tawadhu'), sentiasa ingat dan sedar akan pandangan serta pemerhatian Allah tertumpu kepada dirinya.
Memelihara dan menjauhi diri dari tempat dan suasana yang boleh menimbulkan fitnah serta mencemarkan maruah dirinya.
Sebagai isteri; sentiasa ingatkan suami agar mencari rezeki yang halal untuk ahli keluarganya agar terhindar dari sumber yang haram dan syubhat.
6) Sedia Berkorban dan banyak bersedekah :
Berkorban dalam memperbaiki diri, mendidik anak-anak dan keluarga serta demi kepentingan umat Islam seluruhnya. KIsah tauladan : seorang tokoh wanita Mithali (contoh), Affra' bt Ubaid, telah merelakan tiga orang anak kesayangannya berjuang dan syahid bersama-sama Rasulullah Saw dalam menegakkan Islam.
7) Menguasai Nafsu dan Sering Berpuasa :
Sentiasa tekun dan bersungguh-sungguh mengikuti program kerohanian dan Ilmiah untuk jinakkan nafsu serta menguatkan lagi daya penguasaan Aqal. Sentiasa mengingati ancaman-ancaman dan azab Allah Swt di akhirat : sebagaimana dalam surah Al-Haqqah : ayat 30-37.
8) Menjaga kehormatan diri dan Maruah wanita Islam :
Menutup aurat dan menjauhi pergaulan bebas tanpa batasan.
9) Banyakkan Mengingati Allah Swt :
Membiasakan diri dengan berzikrullah, membaca Al-Quran serta memelihara lidah dari suatu yang sia-sia dan maksiat kepada Allah Swt. Melatih jiwa dan hati untuk lebih sensitif dalam urusan amar ma'ruf dan nahi munkar; jauhi perkara yang batil dan ragu-ragu. Amalkan wieid harian, tasbih, sikir, tahmid, takbir dll. Banyakkan Muhasabah kepada Allah atas apa yang dilakukan.
10) Berilmu dan Bijaksana :
Memahamii keutamaan dan kelebihan menuntut Ilmu serta kedudukan orang yang berilmu. Mewajibkan diri untuk sentiasa ikuti tamrin, Usrah, Program-program tarbiyyah dan muzakarah bagi melahirkan kebijaksanaan dalam beramal. Wanita solehah bijaksana dalam bergaul, melayan suami, mendidik anak-anak serta pandai membahagi-bahagikan masa dia antara tugas terhadap suami, keluarga dan
masyarakat.

BERBAHAGIALAH KEPADA MEREKA YANG ISTIMRAR MEMPERBAIKI DIRINYA RENUNGAN BAGI MUSLIMAH
Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup pintu neraka dan terbuka tujuh pintu syurga.
Masuklah ke mana-mana pintu yang ia sukainya dengan tanpa hisab.
Rasulullah SAW bersabda:Wanita ,apabila ia solat lima waktu ,puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehirmatannya seta taat akan seuminya,nanti diakhirat nanti dikatakan padanya maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.
Rasulullah SAW bersabda:Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. Rasulullah SAW bersabda: Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
Rasulullah SAW bersabda:Perempuan itu aurat maka apabila ia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia.
Rasulullah SAW bersabda:Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara', Haramlah baginya bau syurga.
Rasulullah SAW bersabda:Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (Mas kahwin).
Rasulullah SAW bersabda:Wanita yang tinggal dirumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku di dalam syurga.
Rasulullah SAW bersabda:Apabila seseorang wanita mengandu janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya. ALLAH mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan baginya seribu kejahatan.
Rasulullah SAW bersabda:Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH (perang sabil).
Rasulullah SAW bersabda:Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suaminya dan mahramnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari Qiamat ,tiada nur baginya.

Syeikh Adullah bin Abdul Rahim Al-Pattani menulis dalam kitabnya MUHIMMAH
"Derhaka seorang perempuan yang keluar dari rumahnya kepada majlis ilmu yang bukan fardhu ain. Wajiblah atasnya keluar supaya belajar ia akan segala fardu ain dan haram atas suaminya menegah isteri jika ia (suami) tidak mampu mengajarnya.
Jika ia ada ilmu nescaya wajib atasnya mengajar akan isterinya itu maka ketika itu (suaminya mampu mengajar isterinya akan fardu ain) haramlah keluar perempuan itu dari rumahnya lagi derhaka ia".

3 TANDA; PEREMPUAN YANG BERKAT
Perempuan yang cepat kahwin
Perempuan yang banyak anak
Perempuan yang baik maruah dan akhlaknya
Rasulullah S.A.W bersabda : Wahai kaum wanita! Apakah kamu tidak senang?
Jika perempuan itu sedang hamil hasil dari suami yang menyukainya (kerana berbakti kepadanya), maka ia akan mendapat pahala sebanding orang yang berpuasa serta berperang untuk membela agama Allah.
Dan jika ia merasa sakit ketika akan melahirkan anak, maka ahli (penduduk) langit dan ahli bumi tidak mengetahui rahsia kebahagiaan yang tersimpan di dalam hatinya.
Dan jika ia melahirkan anak, maka tidak lah satu titispun dari air susunya kecuali ia mendapat pahala satu amal kebajikan pada tiap titisan dan tiap hisapan.
Dan jika ia kurang tidur kerana melayani anak pada waktu malam dari,maka ia mendapat pahala sebanding dengan pahala memerdekakan tujuh puluh hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

PERKARA WAJIB BAGI ISTERI
1. Sentiasa malu terhadap suaminya.
2. Menutup penglihatannya dihadapan suami
3. Mentaati perintah suaminya
4. Diam ketika suaminya sedang berbicara
5. Berdiri ketika suaminya datang dan ketika keluar
6. Menyodorkan dirinya ketika hendak tidur kepada suaminya
7. Memakai wangi-wangian
8. Memelihara mulutnya dengan wangian
9. Memelihara kehormatan diri dan harta suaminya ketika ketiadaanya
10.Menghormati keluarga suami dan kaum kerabatnya
11.Merasa puas jika diberi sedikit oleh suami
12.Tidak mengelak dari melayan suaminya
13.Tidak boleh berpuasa sunat tanpa izin suaminya
14.Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya
15.Sentiasa berhias didepan suaminya

Tiga Orang yang tidak diterima solat nya oleh Allah dan tidak diangkat amal kebajikan mereka : Budak yang lari dari tuannya (hingga dia kembali) ,isteri yang dimurkai suami (hingga dia rela),Orang yang mabuk (hingga dia sedar).....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar