Selasa, 02 Maret 2010

Hukum bacaan imam tidak jelas

katakan kita sedang solat berjemaah berimamkan seorg imam....
tetapi,imam itu membaca ayat-2 al-quran secara perlahan sehingga menyusahkan makmum memahaminya
apakah hukum solat makmum itu????
Maka jawabnya solat makmum itu sah, memahami bacaan imam bukannya rukun dalam solat jemaah melainkan bacaan al-fatehah wajib dibaca dengan tajwid yang betul kerana bacaan al-fatehah adalah rukun dalam solat, tidak kiralah sama ada solat sunat mahupun solat fardu, salah sebutan huruf2 dalam surah al-Fatehah maka batallah solat.
Kerna itulah menjadi fardu 'ain setiap orang Islam yang sudah baligh belajar tajwid mengenai surah al-Fatehah kerna ia rukun dalam solat, jika salah bacaan al-Fatehah maka tanpa ragu2 lagi batallah solatnya melainkan darurat yakni seseorang itu sudah belajar tentang hukum tajwid dengan guru tajwid dalam bacaan al-Fatehah tetapi lidahnya tidak dapat menyebut sesetengah ayat dengan betul maka dimaaf, solatnya sah kerna dia sudah berusaha belajar dan membacanya.
Membaca surah2 selepas bacaan al-Fatehah adalah sunat, jika imam membacanya dengan salah maka makmum dibelakang hendaklah membetulkan bacaan imam dengan menyebut ayat yang betul.
Jika bacaan imam itu ada keraguan maka sebaik-baiknya anda tidak perlu berimamkan orang yang tidak jelas dan tidak betul bacaan al-Quran, tegurlah imam itu dahulu supaya dia dapat membaca dengan terang dan jelas, jika masih tidak dilayan maka berbincanglah dengan ajk masjid atau dengan jkk kampung supaya imam yang tidak betul bacaannya agar berhenti menjadi imam kerana dia telah menimbulkan keraguan bagi jemaah.
Selepas ini tegur imam itu atau pilihlah sesiapa yg lebih dihormati supaya menegur imam itu kerna ini membabitkan jemaah.
Wallahu'alam.- Al Azhar Addin

Tidak ada komentar:

Posting Komentar