Wahai Hawa….
Kenapa..
engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu ?
Kenapa..
mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya ?
kenapa..
masih enggan mengamalkan isi kandungan-nya ?
dan kenapa..
masih ragu dalam mematuhi perintah-Nya ?
Wahai Hawa….
Sadarlah..
Tangan yang mengoncang buaian..
boleh mengoncang dunia,
kau boleh mengoncang dunia
dengan melahirkan manusia yang hebat!!
yakni yang Sholeh dan Sholehah,
kau boleh menggenggam dunia
dengan menjadi istri yang taat
serta memberi dorongan dan
dukungan pada suami yang sejati
dalam menegakkan Islam di mata dunia.
Tapi hawa..
Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu,
dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.
Jangan Hawa …
Jangan sesekali mencoba menarik perhatian kaum Adam yang bukan Suamimu..
kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH.
BAHAYA! Ia bisa memberi kegembiraan pada setan..
karena wanita ialah jala setan,
Alat yang di eksploitasikan oleh setan dalam menyesatkan kaum Adam.
Hawa,
Andai engkau masih remaja..
Jadilah anak yang Sholehah Buat kedua ibu bapakmu,
Andai engkau sudah bersuami..
Jadilah istri yang meringankan beban suamimu,
Andai engkau seorang ibu..
Didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Agama ALLAH.
Hawa,
Andai engkau belum menikah,
Jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa janji Rabb kita,
wanita yang baik adalah untuk
lelaki yang baik.
Jangan menggadaikan kehormatanmu..
hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan lekuk tubuhmu
hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
karena kau bukan memancing hatinya..
tapi merangsang nafsunya.
Wahai Hawa…
Jangan sesekali dikau memulai pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku kuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan… takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa …
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang Sholeh tidak memilih wanita melalui
keseksiannya,
Lelaki yang Wara’ tidak menilai wanita melalui
keayuaannya,kemanjaannya serta kemampuannya
menggoncang iman mereka.
Tetapi hawa …
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
pribadinya dan AGAMAnya…
Lelaki yang Sholeh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada setan untuk mengodanya.
Oleh itu Hawa …
Jagalah pandanganmu,
Jagalah pakaianmu,
Jagalah akhlakmu,
Kuatkan pendirianmu…
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan
memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu
yang memberi kehangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta saudara serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.
Hawa …
Cintailah ALLAH..
Dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga mencintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapakmu, kerana kau akan perolehi keridhaan ALLAH TA”ALAA
Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga.
Hawa …
Nasehatku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam menggapai keridhaan ILAHI.
Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sulit menerimanya dan aku benci mendengarnya.
***
Pesan cinta dari Ukhti Aisyatulhumaira
Tidak ada komentar:
Posting Komentar