Minggu, 13 Juni 2010

4 Golongan Lelaki yang di tarik oleh wanita ke neraka....



Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh
anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak
tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Kakak-kakaknya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga martabat wanita jatuh kepala kakak-kakaknya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya saja dan adik perempuannya dibiar melenceng dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan ditanya dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.



Maka kita lihat betapa kuatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu kuat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / kakak atau anak harus memainkan peranan mereka dengan sungguh-sungguh. Seorang wanita itu apabila di yaumil alkhirat nanti akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Tulisan ini bukan untuk merendahkan wanita, tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya sesuai hak dan seksama, serta berwaspada akan tanggung jawab yang dipikul di dunia!

Allah berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari apineraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS. At Tahriim :6)


Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, kakak-kakak anda serta anak-anak lelaki anda.. Kasihanilah mereka dan juga dirimu sendiri..
Jalankan perintah ALLAH dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..


Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua selamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab. Amin Yaa Rabbal’alamin..

1 komentar:

  1. Seorang wanita itu apabila di yaumil alkhirat nanti akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Adakah hadist atau dasar pemahaman ini dari mana?

    BalasHapus