Wanita solehah ialah wanita penghibur suami. Merekalah sebenarnya wanita  penghibur dan isteri yang paling pandai melayani suaminya, dengan  mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta yang tulen.  Sehingga hati suami selalu merindukannya dan tidak mahu berpisah  dengannya walaupun sekejap.
Namun bagaimana untuk menjadikannya kenyataan?. Apa yang perlu dilakukan  oleh isteri?. Mudah sahaja! Satu daripadanya ialah dengan mengukir  senyuman.
Alat solek yang paling indah bagi isteri ialah senyumannya yang manis  menghiasi bibir. Celak yang paling indah menghiasi sepasang matanya  ialah pandangan yang mesra dan lembut.
Pakaian paling cantik yang dipakainya ialah kelembutan dan kehalusannya.  Dan wangian paling harum yang dikenakanya ialah kebersihannya. Alangkah  baiknya jika sang isteri menggunakan senyumannya yang manis, pandangan  yang mesra dan lembut serta wajahnya yang berseri2 terutama sekali  ketika mengiringi pemergian suami tersayang ke muka pintu, apabila suami  hendak keluar rumah dan apabila menyambut kepulangannya. Rasulullah SAW  pernah memberitahu Sayidina Umar .a. yakni tentang harta yang paling  baik di dunia ini ialah isteri yang solehah dan satu daripada ciri  isteri yang solehah kata Rasulullah SAW ialah yang mengembirakan  suaminya apabila suami melihat ke arahnya.
Apabila suami pandang sahaja wajah isterinya yang menghantar dan  menyambutnya di muka pintu dengan senyuman manis, wajah yang dihiasi  cantik untuk suaminya (tidak comot), rasa lapang hati dan gembira tidak  terkata. Hilang segala rasa letih, lapar, dahaga dan tekanan perasaan.  Semuanya hilang disebabkan mujarabnya senyuman isteri yang diiringi  kata-kata yang lembut dan manja menusuk kalbu. Ini yang menyebabkan hati  suami tertawan dan segera pulang ke rumah, bukan kerana takut isteri  yang ‘Queen Control’ hinggakan suami nak pergi kerja pun kena bawa jam  loceng sebab takut terlewat pulang kena marah dengan isteri. Isteri  begini tak masuk booklah..!
Cuba kita bayangkan ketika hendak menaiki dan turun dan kapal terbang.  Ada beberapa pramugari yang ditugaskan untuk menyambut kita di muka  pintu, dengan senyuman yang manis mengucapkan selamat datang, selamat  pagi, terima kasih dan sebagainya. Kita berasa sungguh seronok apabila  disambut dan dilayan sedemikian rupa. Apatah insan yang bergelar suami  yang mendapat layanan yang paling istimewa dari pada isterinya yang  tercinta. Hati suami akan gembira tidak terperi.
Mari kita betapa pentingnya untuk isteri mengiringi pemergian suami ke  maka pintu apabila suami hendak keluar rumah dan menyambut kepulangannya  dengan senyuman:
1) Sebagai semangat dan motivasi kepada suami yang keluar mencari nafkah  dan berasa letih apabila selesai bekerja. Kajian mengatakan : “suami  yang mendapat belaian dan perhatian daripada isterinya akan cemerlang di  tempat kerjanya dan di tengah masyarakat.”
2) Merapatkan hubungan antara suami isteri dan menerbitkan rasa rindu  ingin segera bertemu.
3) Suami merasakan dirinya dihargai dan disayangi
4) Timbul perasaan saling mempercayai anatara satu sama lain.
5) Turunnya rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT, sebagaimana sabda  Rasulullah SAW “Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan  isterinya membalas pandang (dengan penuh rasa cinta-kasih) maka Allah  SWT menatap mereka dengan pandangan kasih mesra. Jika suami membelai  tangan isterinya maka dosa mereka jatuh berguguran di celahan jari-jari  tangan mereka”. (Riwayat Maisarah bin Ali daripada Abu Said Al-Khudri)
6) Senyuman adalah rahsia awet muda. Kajian mengatakan apabila seseorang  itu senyum, dia menggunakan 14 otot di mukanya dan ini adalah rahsi  awet muda. Manakala apabila seseorang itu bermasam muka, dia telah  menggunakan 72 otot di mukanya dan ini adalah penyebab ‘awet’ tua.
7) Senyuman mendapat pahala sedekah, ditambah dengan pahala melayani  suami yang besar ganjarannya di sisi Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: “mana-mana wanita yang menunggu suami pulang  lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya, menyediakan  makanannya, merenung suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan  hidangannnya, memelihara anaknya dan memanfaatkan hartanya kepada  suaminya kerana mencari keredhaan Allah SWT, maka dituliskan baginya  tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya, tiap-tiap renugannya  kepada suaminya sebagai pahala memerdekakan seorang hamba”. (Riwayat  Ibnu Mas’ud)
Dari: DSH (Dakwah Sepanjang Hayat)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar