Sabtu, 08 Mei 2010

IJTIHAD - MENDEPANI PELBAGAI KEMELUT KEMODENAN

dapun dalam perkara-perkara yang tertakluk kepada perubahan zaman dan tempat, Islam selaku Ad-Deen yang diutuskan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai Nabi akhir zaman menggariskan prinsip-prinsip yang dengannya meletakkan Islam mampu menangani segala macam permasalahan manusia yang berubah-ubah dengan metodologi Ijtihad, Ijma' dan Qiyas. Urusan ini tergolong dalam perkara-perkara yang dikatakan oleh para Fuqaha sebagai AL-MUTAGHAYYIRAT atau "Yang Boleh Berubah" dalam lingkungan perkara-perkara UMURUN IJTIHADIAH. Hal ini amat jelas diistinbatkan dengan peristiwa ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم menghantar Muadz Ibn Jabal ke Yaman dengan dailog Baginda صلى الله عليه وسلم yang masyur sekaligus telah dijadikan sandaran nas para Ulama' dalam perkara ini.

Ada juga pemikir kontemporari Islam kini mengistilahkannya dengan AL-FARAGH atau "Ruang/Space" yang sememang menjadi keperluan kepimpinan Islam dalam sesuatu zaman dan tempat untuk menentukan 'maslahah' atau kepentingan ummat dan negara berdasarkan kepada pelbagai metodologi Fiqh. Di sini diperlukan pengembelengan seluruh tenaga Ulama', Ilmuan dan professional serta cerdik pandai Islam (ahlul ra'yi) supaya meletakkan Islam terus releven dan mampu menangani apa jua pemasalahan masyarakat manusia. Ia bukan sahaja menekankan tentang aspek 'MURUNAH' atau KEANJALAN Islam, tetapi lebih penting dari itu, menerokai aspek 'IJTIHAD' dalam hal urusan hidup yang terbit dari perkembangan masyarakat manusia kontemporari di mana di sana tidak ada nas yang boleh disandarkan.

Sesebuah harakah Islamiyyah yang berteraskan Islam yang teguh, mesti terus memperkasakan ulama' bagi mengkeupayakan harakah di atas landasan yang istiqamah, memantapkan ahli dengan aqidah, ilmu syariat dan juga ilmu duniawi, akhlak Islam secara iltizam dan mengembalikan Islam menjadi penilaian manusia yang tenggelam dalam masalah yang gagal ditangani oleh semua ideologi dan undang-undang bikinan manusia.

Maka ulama' hendaklah memasuki medan Ijtihad dalam masalah baru yang tidak ada nas dan situasi perubahan yang diingini oleh syara'. Ulama perlu terus memimpin Gerakan Islah dan Tajdid bagi menangani kesesatan dan kerosakan yang telah beleluasa dan di luar kawalan moral dan ajaran agama langit.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar